Sunday, March 14, 2010

Pengenalan



Bola Sepak merupakan salah satu acara sukan popular yang dikendalikan oleh Kelab ini selain Badminton, Ping Pong, Golf, Bola Tampar mahupun Sukan Ekstrem. Mempunyai lebih seribu ahli Kelab tiada masalah untuk menganjurkan pelbagai acara sukan khususnya Bola Sepak.

Merupakan ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan pernah menyertai Liga Bola Sepak Kuala Lumpur dua tahun lalu dan berazam untuk mengambil bahagian semula pada tahun hadapan. Liga Bola Sepak Hasil 2010 merupakan medium terbaik bagi memilih pemain-pemain untuk mewakili Kelab kekejohanan akan datang.

Bagi merelisasikan cita-cita tersebut, Kelab dengan kerjasama Akademi Percukian Malaysia (APM) telah menganjurkan Liga Bola Sepak Hasil KL2010 dengan sebelas pasukan telah didaftarkan. Perasmian bermula dengan penyempurnaan sepakmula oleh Setiausaha Kehormat Kelab mewakili Presiden Kelab Encik Mohd Nizom Sairi di Padang Bola Sepak APM.

Jawatankuasa Kerja Sukan Kelab yang menyelaras kejohanan telah berjaya menyempurnakan pengundian pembahagian kumpulan seperti berikut;






KUMPULAN A
  • Lemak FC
  • JTM FC
  • KL Bandar FC
  • Boyz United
  • AO FC
  • APM FC
KUMPULAN B

  • Pungutan United
  • Cheras FC
  • Pro Centre FC
  • PB United
  • Wisma Hasil HQ FC

Bagi memastikan kelancaran semakan pemain sepanjang kejohanan, setiap pemain telah didaftarkan melalui kad-kad pemain. Kejohanan dijalankan mengikut peraturan FIFA dan KLFA. Pengadil berdaftar KLFA telah dijemput mengadili semua perlawanan.





Logo Rasmi Liga Hasil KL2010



Setiausaha Kehormat
Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur
e.Mel :
hasilklscfl@yahoo.com / hasilklsc@yahoo.com / supaatothman@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment